Pages

Tuesday, May 10, 2011

Salami Bun


Salami Bun ni antara makanan kegemaran keluarga. Kalau Midah masak akan dijadikan makanan sarapan pagi, bawa bekal ke sekolah dan balik sekolah nanti anak-anak akan cari bun ini sekali lagi.



BAHAN-BAHAN :

Bahan A :
500 gm tepung tinggi protien/ tepung roti
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :
250 ml air suam
11 gm Active Yeast
* rendam yeast dalam air hingga timbul gelembung buih

Bahan C :
80 gm butter

Bahan D :
Salami
1 biji telur dipukul hingga kembang
Dry parlsey-optional
cheese - optional

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan A dalam bekas yang sesuai dan digaul rata sehingga adunan menjadi seperti crumbread.
- Masukkan bahan B dan digaul rata.
- Masukkan bahan C dan Uli selama 10 minit sehingga adunan sebati.
- Perapkan adunan sehingga naik sekali ganda (45-60 minit)
- Setelah itu, uli atau tumbuk adunan dengan tangan sekali lagi dan biarkan naik 10 minit lagi.
- Selepas itu, bahagikan adunan kepada 20 gm atau 30 gm setiap satu dan buatkan menjadi bulat dan ketepikan.
- Ambil setiap adunan, kemudian leperkan. Gulung salami dengan adunan tadi. *Boleh letakkan cheese di dalam gulungan - optional
- Sapukan kuning telur di atas bun serta sedikit daun parsley.
- Biarkan adunan naik sedikit lagi.

-Bakar dalam suhu 170' celcius selama 10-12 minit atau sehingga kuning keemasan.




0 comments: