Pages

Wednesday, May 25, 2011

Apple pie




Bahan-bahan :

Untuk Pastry :

215 g tepung / tepung naik sendiri
1/4 tsp garam
50 g gula castor
125 g butter
*1 biji telur dipukul
- 1/2 biji telur digunakan utk pastry
- 1/2 biji telur lagi disapu atas permukaan pastry
1 biji free telur kuning

filing:
2 biji buah apple (potong nipis)
1 sb serbuk cinnamon
1 sb gula (masak dgn apple)
1 sb susu segar
1/4 cwn mentega


Cara Masak

1. Membuat Doh : campur semua bahan untuk membuat base sehingga menjadi doh. Balut dgn cling wrap dan letak dlm peti ais sementara membuat filing.
2. Membuat filing : Gaulkan apple dengan cinnamon. Masak gula dgn mentega untuk karamel. Setelah cair, masukkan susu segar. Kemudian masukkan apple + cinnamon. Masak sehingga apple empuk.
3. Panaskan oven 170 degree selama 5 minit
4. keluarkan doh tadi dan potong dua bahagian. Canai setiap bhgn nipis2 (ikut besar acuan).
Masukkan doh ke dlm acuan. Tuangkan filing ke atas doh.
5. akhir sekali,letak doh satu lagi utk menutup apel. Sapu doh dengan telur yang telah dipukul. Cucuk doh dgn garpu. Tutup atas pai dgn aluminium foil.
6. Bakar 20 min , 170 degree.

Tuesday, May 10, 2011

Salami Bun


Salami Bun ni antara makanan kegemaran keluarga. Kalau Midah masak akan dijadikan makanan sarapan pagi, bawa bekal ke sekolah dan balik sekolah nanti anak-anak akan cari bun ini sekali lagi.



BAHAN-BAHAN :

Bahan A :
500 gm tepung tinggi protien/ tepung roti
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :
250 ml air suam
11 gm Active Yeast
* rendam yeast dalam air hingga timbul gelembung buih

Bahan C :
80 gm butter

Bahan D :
Salami
1 biji telur dipukul hingga kembang
Dry parlsey-optional
cheese - optional

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan A dalam bekas yang sesuai dan digaul rata sehingga adunan menjadi seperti crumbread.
- Masukkan bahan B dan digaul rata.
- Masukkan bahan C dan Uli selama 10 minit sehingga adunan sebati.
- Perapkan adunan sehingga naik sekali ganda (45-60 minit)
- Setelah itu, uli atau tumbuk adunan dengan tangan sekali lagi dan biarkan naik 10 minit lagi.
- Selepas itu, bahagikan adunan kepada 20 gm atau 30 gm setiap satu dan buatkan menjadi bulat dan ketepikan.
- Ambil setiap adunan, kemudian leperkan. Gulung salami dengan adunan tadi. *Boleh letakkan cheese di dalam gulungan - optional
- Sapukan kuning telur di atas bun serta sedikit daun parsley.
- Biarkan adunan naik sedikit lagi.

-Bakar dalam suhu 170' celcius selama 10-12 minit atau sehingga kuning keemasan.




Friday, May 6, 2011

Mum's Donut




Donut nih hasil acuan tangan anak-anak di rumah (syakir dan usamah). Terimakasih pada anak2. Cantik rupanya. Ummie cuma uli dan goreng.



Bahan-bahan

3 cawan tepung biasa/ tepung naik sendiri
1/2 tsp garam
2 tbsp gula
1 biji telur
3 tbsp butter / minyak sayur
1 tsp esen vanilla
7 gram active yeast + 2 tbsp air suam
* tunggu buih2 timbul
3/4 cawan susu segar


Cara Masak
1. Satukan tepung, gula, dan garam hingga sebati.
2. Masukkan telur, butter dan esen vanilla.
3. Masukkan yeast. Uli adunan.
4. Masukkan susu segar , uli adunan sehingga menjadi doh. Tambah tbsp gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan dan don menjadi lembut.
5. Tutup doh menggunakan tuala kering. Biarkan doh naik sehingga 1x ganda atau lebih kurang 1 jam.
6. Setelah doh naik, uli atau punch doh dan biarkan ia naik lagi selama 10 minit.
7. Doh yang telah naik bolehla diuli macam bentuk 'ring' bulat.
8. Kemudian biarkan doh berbentuk ring selama 30 minit atau sehingga nampak spongy.
9. Panaskan minyak pada api yang sederhana dan bolehla ring donut digoreng.
10. Setelah donut berubah warna golden brown, bolehla diangkat dan ditoskan.
11. Akhir sekali golekkan donut dalam gula castor.

Selamat menjamu donut!!



Mum's Pizza




BAHAN-BAHAN UNTUK PIZZA
200 gm daging cincang
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 camca teh herba basil kering
1/2 camca teh herba oregano kering
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA (ambil dari resepi mat gebu)
- bagi 2 adunan doh pizza
600 g tepung gandum
12 g instat yeast
40 g mentega
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
3 camca besar madu
340 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN atas PIZZA
2 sudu besar tomato puree
175 g keju mozzarella, hiris nipis2 bagi setiap satu doh piza
sedikit serbuk kering oregano

Terung berlada tergolek





Lauk kegemaran suami dan anak. Kalau masak terung berlada nih tak perlu masak lauk lain. Insya-Allah menyelerakan. Cubalah.

Bahan-bahan

10 gm ikan bilis
1 biji terung panjang (saiz di UK) atau 2 biji terung (saiz di Malaysia)
1 biji tomato (optional) *potong 6 bahagian
2 sb lada mesin * terpulang kpd kepedasan masing-masing
1 sb sos tomato / air asam jawa
1 sb kicap manis * terpulang kepada citarasa masing-masing
sedikit garam
minyak untuk mengoreng terung dan menumis sambal lada


Bahan yang perlu dimesin

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



Cara-cara Memasak

1. Cuci ikan bilis. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing, letakkan di sebelah.
2. Belah dua terung dan potong mengikut saiz kesukaan. Gaulkan dengan sedikit garam.
3. Goreng terung dalam minyak panas (terung hampir2 tenggelam). Bila terung sudah layu, angkat dan toskan.
4. Tinggalkan 1/2 cawan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dimesin sehingga warna keemasan.
5. Masukkan lada dan kacau hingga pecah minyak.
6. Kemudian masukan sos tomato/air asam jawa, kacau.
7. Masukkan kicap , garam dan buah tomato
8. Tutup api dapur dan masukkan ikan bilis dan terung yang telah digoreng. Kacau rata.
9. Boleh dihidangkan.


Cinnamon Rolls



















Bahan utk Roti

  • 300g tepung roti
  • 50g butter
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • *100ml fresh milk + air suam
  • * 8g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
* yeast direndam ke dalam air (tunggu sehingga timbul buih2 gelembung)


Filling
  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g butter-suhu bilik

Icing
  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 60g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen

Cara-cara

  1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Kemudian masukkan gula. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Masukkan yeast yang telah direndam bersama air dan susu
  4. Masukkan pula garam, telur.
  5. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  6. Tutup doh dengan kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  7. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan.
  8. Kemudian letakkan bahan-bahan filling.

9. Seterusnya gulung. Potong doh tadi lebih kurang 3 inci (terpulang mengikut kesukaan masing-masing)

10. Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.

11. Letak ke dalam tray. Biar naik lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 12-15 minit.















12. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.


13. Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

Resepi asal di ambil dari sini. Telah diolah mengikut kesesuaian saya.