Pages

Featured Posts

Saturday, June 25, 2011

Untuk Tempahan



Kami menerima tempahan daripada Warga Glasgow yang berminat :)

1. Frozen samosa citarasa Malaysia
  • Samosa kentang + Daging original
(8 biji - £2.30)
(16 biji - £4.30)

  • Samosa kentang + daging spicy
(8 biji - £2.30)
(16 biji - £4.30)


2. Egg Tart



- 1 set 4 biji (£2.00)
- 1 set 6 biji (£2.60)
* tart akan dimasak sekiranya order sebyk 3 set telah diterima)


Alamat kami :

Hamidah / Shahrul
0/3 122 Victoria Road
Glasgow

hp : +44 7403 996555




Thursday, June 16, 2011

Choclate Cake

Dark Choclate Cake

Wednesday, May 25, 2011

Apple pie




Bahan-bahan :

Untuk Pastry :

215 g tepung / tepung naik sendiri
1/4 tsp garam
50 g gula castor
125 g butter
*1 biji telur dipukul
- 1/2 biji telur digunakan utk pastry
- 1/2 biji telur lagi disapu atas permukaan pastry
1 biji free telur kuning

filing:
2 biji buah apple (potong nipis)
1 sb serbuk cinnamon
1 sb gula (masak dgn apple)
1 sb susu segar
1/4 cwn mentega


Cara Masak

1. Membuat Doh : campur semua bahan untuk membuat base sehingga menjadi doh. Balut dgn cling wrap dan letak dlm peti ais sementara membuat filing.
2. Membuat filing : Gaulkan apple dengan cinnamon. Masak gula dgn mentega untuk karamel. Setelah cair, masukkan susu segar. Kemudian masukkan apple + cinnamon. Masak sehingga apple empuk.
3. Panaskan oven 170 degree selama 5 minit
4. keluarkan doh tadi dan potong dua bahagian. Canai setiap bhgn nipis2 (ikut besar acuan).
Masukkan doh ke dlm acuan. Tuangkan filing ke atas doh.
5. akhir sekali,letak doh satu lagi utk menutup apel. Sapu doh dengan telur yang telah dipukul. Cucuk doh dgn garpu. Tutup atas pai dgn aluminium foil.
6. Bakar 20 min , 170 degree.

Tuesday, May 10, 2011

Salami Bun


Salami Bun ni antara makanan kegemaran keluarga. Kalau Midah masak akan dijadikan makanan sarapan pagi, bawa bekal ke sekolah dan balik sekolah nanti anak-anak akan cari bun ini sekali lagi.



BAHAN-BAHAN :

Bahan A :
500 gm tepung tinggi protien/ tepung roti
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :
250 ml air suam
11 gm Active Yeast
* rendam yeast dalam air hingga timbul gelembung buih

Bahan C :
80 gm butter

Bahan D :
Salami
1 biji telur dipukul hingga kembang
Dry parlsey-optional
cheese - optional

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan A dalam bekas yang sesuai dan digaul rata sehingga adunan menjadi seperti crumbread.
- Masukkan bahan B dan digaul rata.
- Masukkan bahan C dan Uli selama 10 minit sehingga adunan sebati.
- Perapkan adunan sehingga naik sekali ganda (45-60 minit)
- Setelah itu, uli atau tumbuk adunan dengan tangan sekali lagi dan biarkan naik 10 minit lagi.
- Selepas itu, bahagikan adunan kepada 20 gm atau 30 gm setiap satu dan buatkan menjadi bulat dan ketepikan.
- Ambil setiap adunan, kemudian leperkan. Gulung salami dengan adunan tadi. *Boleh letakkan cheese di dalam gulungan - optional
- Sapukan kuning telur di atas bun serta sedikit daun parsley.
- Biarkan adunan naik sedikit lagi.

-Bakar dalam suhu 170' celcius selama 10-12 minit atau sehingga kuning keemasan.